Tuesday 17 September 2019

Tiada Lagi Perkhidmatan Ahmad Tukang Paip

Dimaklumkan, tiada lagi perkhidmatan kerja-kerja 'plumbing' daripada saya.

Keputusan ini diambil adalah disebabkan perkara-perkara tertentu disamping komitmen saya dalam urusan hakiki.

Terima kasih kerana menggunakan perkhidmatan saya.
Minta halalkan mana yang terlebih atau terkurang.

Sekian.

Ahmad

Thursday 12 July 2018

Defect Stop Cock

Jenis Kediaman : Apartment
Masalah : Stop Cock Defect

Masalah ini di luar kawalan kami sebagai tukang paip. Kadang-kadang barang yang kita beli tidak sempurna. Terdapat kecacatan (defect) tertentu. Lagi-lagi kecacatannya terletak di dalam kompenan sesuatu barang dan tidak boleh dilihat atau dibuka ketika membuatt pilihan semasa hendak membeli.

Untuk kes saya kali ini ialah kecacatan pada stop cock pancuran mandi yang baru dibeli.

Lubang kompenan dalam 'stop cock' luar biasa saiz bukaannya




Ini menyebabkan air sentisa meleleh walaupun 'stop cock' telah dikunci/ditutup dengan rapat.


Penyelesaian Letak washer besi (rujuk gambar)


Washer besi diletak di dalam bahagian dalaman stop cock

Gam epoxy digunakan bagi melekatkan washer dengan bahagaian dalaman stop cock

Tiada lagi air meleleh apabila stop cock dikunci/ditutup dengan rapat!







Anda menghadapi masalah paip di rumah anda?
Hubungi saya;

Ahmad : 011-1536 9811
Kawasan : Puchong & Sekitarnya

https://www.instagram.com/ahmadtukangpaip/

Thursday 31 May 2018

Masalah Paip ABS

Acrylonitrile-Butadiene-Styrene atau singkatannya, ABS adalah antara jenis paip (air) yang biasa digunakan di Malaysia.


Berdasarkan pengalaman saya, paip jenis banyak digunapakai oleh projek perumahan tahun 2000 dan ke atas.

Namun begitu, sejak dua (2), tiga (3) tahun kebelakangan ini, ramai pihak perunding M&E kembali menggunapakai paip jenis PVC dalam rekabentuk sistem perpaipan air bersih.

Antara masalah utama paip jenis ABS ini ialah;


  • keras tetapi rapuh-paip mudah reput (bila terdedah kepada matahari/haba-paip dalam bumbung) berbanding PVC; menyebabkan mudah berlaku kebocoran kepada paip (bocor halus)
  • tidak tahan asid-paip mudah bocor terutama paip tertanam di bawah tanah.

Selain itu, paip jenis ABS lebih mahal berbanding PVC.
   *Contoh : Soket 1/2" 
            - ABS RM1.20/unit
            - PVC RM0.40/unit
            - S/S RM3.50/unit
    
   *Harga adalah di hardware sekitar Puchong.Ianya mungkin berbeza di tempat lain. Namun, harga paip ABS tetap lebih mahal daripada PVC









Anda menghadapi masalah paip di rumah anda?
Hubungi saya;


Ahmad : 011-1536 9811
Kawasan : Puchong & Sekitarnya

Monday 28 May 2018

Tukar 'Shower Stop Cock' @ Baiduri Court

Jenis Kediaman : Apartment
Masalah : Ulir dalam 'Shower stop cock' (plastik)pecah/patah.


Ulir dalam 'stop cock' telah patah/pecah

Kerja-kerja 'hacking' dan 'grinding' perlu dilakukan. Dinding konkrit nih...Fuhhh..


Ganti 'stop cock' lama (plastik) kepada jenis tembaga



Anda menghadapi masalah paip di rumah anda?
Hubungi saya;


Ahmad : 011-1536 9811

Instagram

Kawasan : Puchong & Sekitarnya

Tuesday 18 April 2017

Taman Kinrara

Jenis Kediaman : Teres Dua (2) Tingkat
Masalah : Bocor pada 'tank connector'.



Sebelum 

Selepas ('tank connector' di sapu tar bagi mengelak bocor) 








Anda menghadapi masalah paip di rumah anda?
Hubungi saya;


Ahmad : 011-1536 9811
Kawasan : Puchong & Sekitarnya

https://www.instagram.com/ahmadtukangpaip/

Taman Lestari Putra (LEP)

Jenis Kediaman : Teres Dua (2) Tingkat
Masalah : Paip selepas tangki(material ABS) bocor.


Sebelum

Selepas
 
Anda menghadapi masalah paip di rumah anda?
Hubungi saya;

Ahmad : 011-1536 9811
Kawasan : Puchong & Sekitarnya

Monday 5 December 2016

Tekanan Air Dalam Tandas Perlahan (tiba-tiba)

Banyak punca yang menyebabkan tekanan air dalam tandas atau bilik mandi menjadi perlahan.

Antaranya adalah disebabkan udara yang terperangkap di dalam paip. Dalam bahasa Inggerisnya dipanggil 'air lock'.

Macam mana 'air lock' terhasil?
Abang-abang/akak-akak boleh tanya En Google.Hehe...



Anda menghadapi masalah paip di premis/kediaman anda?
Hubungi saya;


Ahmad : 011-1536 9811
Area : Puchong & Sekitarnya